June 19, 2010

Budak lihat ayah digilis

sayu hati aku bila aku baca berita ni..kalau aku jadi budak ni x tau la....

PADAWAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun trauma apabila hanya mampu melihat bapa kesayangannya maut digilis lori di depan mata selepas motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, kanak-kanak berkenaan bersama bapanya, Lingel anak Kanis, 50-an, dalam perjalanan menuju ke klinik berhampiran dengan menaiki motosikal ditunggang mangsa sebelum dirempuh lori sampah yang tiba dari arah belakang di Batu 15, Jalan Puncak Borneo, di sini.


Rempuhan itu menyebabkan kanak-kanak terbabit yang belum diketahui identitinya, tercampak kira-kira lima meter ke bahu jalan manakala bapanya terjatuh di tengah jalan raya sebelum digilis lori berkenaan.


Mangsa yang berusia sekitar 50-an itu maut di tempat kejadian dalam keadaan ngeri.


Anak mangsa yang terselamat hanya mampu menangis selepas melihat sekujur tubuh bapanya yang sudah tidak bernyawa terbaring di atas jalan.


Malah, anak mangsa yang cuba mengejutkan bapanya yang berlumuran darah dan tidak bergerak lagi menyebabkan kanak-kanak terbabit enggan meninggalkan mayat bapanya itu.


Sementara itu, jurucakap Balai Polis Siburan ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama anak lelakinya dalam perjalanan ke klinik berhampiran rumah mereka.


Katanya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kecederaan parah pada bahagian dada dan perut dipercayai akibat digilis.


“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,” katanya.

No comments:

kau laksana bulan-drama tv2

ADAPTASI NOVEL KE DRAMA BERSIRI : KAU LAKSANA BULAN Diadptasikan daripada karya novelis terkenal tanahair, Aina Emir bertajuk Kau Laksana B...