March 19, 2010

Zul,Gayah dan Tompok

Zul seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.
Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Zul bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan tu sahaja, sebelum berkahwin dengan Zul, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Zul pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Zul beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Zul membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Zul.
Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Zul dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan
siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Zul. Sakitnya hati Zul tak dapat digambarkan.

Besoknya, Zul meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Zul tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan. Maka nekadlah Zul, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Zul menelefon Gayah.

ZUL: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Zul dengan penuh suspen lagi berdebar-debar. ..

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

ZUL: Panggil dia! herdik Zul dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

ZUL. Aku nak tanya dia, macamana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!!

No comments:

kau laksana bulan-drama tv2

ADAPTASI NOVEL KE DRAMA BERSIRI : KAU LAKSANA BULAN Diadptasikan daripada karya novelis terkenal tanahair, Aina Emir bertajuk Kau Laksana B...